Thursday, 10 March 2016

tone-excel-patuh-syariah

Alhamdulillah, sempat singgah untuk preview Tone Excel di branch Shah Alam bersama Tuan Azmera. Perkongsian kali ni lebih pada isu halal haram atau isu patuh syariah dalam bisnes Tone Excel ni.


Bergambar bersama Branch Tone Excel Shah Alam, tuan Azmera & sahabat Tone Excel saya, Abang Amir


Bagi yang baru saja jadi ahli Tone Excel ni, jangan risau jika ada pesaing bisnes Tone Excel yang banyak lakukan provokasi & menghentam Tone Excel ni dari segi tak patuh syariah & haram, lebih-lebih lagi berkenaan FREE PA Insurance RM100,000 tu.


Sebenarnya PA Insurance ni diberi PERCUMA saja, TANPA ADA IKATAN KONTRAK pun dengan ahli Tone Excel. Buktinya, topup RM50 ke atas, dapat FREE PA insurance TANPA menolak 1 sen pun dari kredit RM50 tadi untuk hal yang berkaitan dengan pengurusan insurance tadi. Bermaksud PA Insurance ini diberi PERCUMA dab boleh dianggap sebagai HADIAH.

JOM BUKA MINDA



Jom buka minda, katakan si Abu drive kereta dia. Kereta Abu ni dilindungi dengan perlindungan takaful patuh syariah. Tapi masa berhenti di traffic light, si Ah Chong terlanggar kereta dia dari belakang & kereta Abu rosak teruk, sedangkan kereta Ah Chong dilindungi plan insurance conventional tak patuh syariah. Boleh tak Abu claim insurance Ah Chong untuk repair kereta dia yang dah rosak teruk tu?

Semestinya boleh, sebab Abu tak ada apa-apa ikatan kontrak pun dengan plan insurance tak patuh syariah Ah Chong tadi, dan wang pampasan insurance Ah Chong tadi boleh dianggap sebagai hadiah untuk ganti rugi. Cuba bayangkan kalau dalam kes ni, orang Islam langsung tak boleh terima wang claim insurance conventional? Habis lah satu Malaysia ni orang non Muslim boleh langgar kereta orang Islam sesuka hati.

Ok jom buka minda lagi. Contoh Abu jatuh sakit. Kawan dia Ah Chong datang melawat dia. Ah Chong bermurah hati kasi dia RM100 sebagai duit untuk beli ubat. Boleh tak Abu terima? Semestinya boleh sebab wang itu wang hadiah. Tak perlu soal siasat dari mana sumbernya, cukup lah wang RM100 tadi dianggap hadiah dan diterima saja.

Samalah konsep nya denga PA Insurance RM100,000 tadi. Tapi bagi yang masih lagi ragu-ragu, boleh saja terima wang RM100,000 tadi dan serahkan pada baitumal. Kita buat bisnes Tone Excel, keuntungannya ialah dari hasil jualan topup & simkad, bukannya hasil dari pelaburan insurance tadi.

Diharap blog entry kali ini dapat membantu memberi keyakinan bagi ahli baru Tone Excel yang masih ragu-ragu dengan status patuh syariah bisnes Tone Excel ni. Semoga bermanfaat~




Tuesday, 8 March 2016

preview-tone-excel-puchong

Bismillah. Jumaat lepas, 4 Mac 2016, saya berkesempatan untuk singgah sekejap di preview Tone Excel yang diadakan di Branch Tone Excel tuan Yazid Daud di Puchong. Kenapa pentingnya pergi ke preview Tone Excel ni walaupun kita dah lama join Tone Excel ni?


Tujuan utama untuk tetap konsisten pergi preview mingguan Tone Excel ni ialah untuk maintain motivasi kita dalam bisnes Tone Excel ni. Pada kebiasaannya, motivasi perniagaan ni kadang-kadang naik, kadang-kadang down. Bukan bermaksud bisnes Tone Excel ni tak bagus, sebenarnya bisnes Tone Excel ni lah yang terbaik sebab dah berjaya buat ramai orang "pencen awal" dan terpaksa berhenti kerja awal. Jadi salah satu cara nak maintain motivasi ialah dengan bercampur dengan orang-orang positif yang sama-sama buat bisnes Tone Excel ni.




Sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat dari preview Tone Excel kali ni ialah, berkenaan call rate Tone Excel, Bonus Tahun Baru Tone Excel & Perbezaan Antara Postpaid dan Prepaid.


Call Rate Tone Excel

Bila kita promote Tone Excel ni, kita pasti akan explain call rate 28 sen seminit, betul? Bagi prospek yang selalu buat call-out, rate 28 sen seminit dianggap mahal. Jadi untuk prospek macam ni, kita sepatutnya promote call rate Tone Excel ni sebenarnya 19 sen je seminit.




Macam mana boleh jadi 19 sen seminit? Ok macam ni:

Kita topup RM50 (sekali topup) & kita akan dapat FREE RM20 kredit + rebate cash 3% (RM1.50),
Total value yang kita akan dapat = RM71.50

Jadi kita bahagikan RM71.50 dengan caj 28 sen seminit,
kita akan dapat 255 minit. Bermaksud topup RM50 tadi,
dapat call 255 minit.

Jadi kita bahagikan semula, RM50 dengan 255 minit,
kita akan dapat caj 19 sen seminit, dengan topup RM50 tadi!

19 sen seminit untuk call ke SEMUA jenis telco,
pukul rata tak kisah call waktu siang atau malam,
memang antara rate yang termurah!


Bonus Tahun Baru

Bagi yang dah lama join Tone Excel, boleh dikatakan hampir semua buat teknik "cucuk sate". Teknik cucuk sate ni ialah kita buka 3 akaun & kesemua akaun tadi disusun ikut level. Akaun kedua diletak bawah akaun pertama sebagai Level-1 akaun pertama & akaun ketiga diletak bawah akaun kedua sebagai Level-1 akaun kedua dan Level-2 akaun pertama. Penajaan downline baru diletakkan dibawah akaun ketiga, bermaksud setiap kali downline baru topup, semua tiga akaun tadi dapat komisyen!




Teknik cucuk sate memang memaksimum kan komisyen topup bulanan, tapi upline yang menaja pemilik tiga akaun tadi ada sikit kerugian kerana upline hanya dapat komisyen topup sampai 3 level sahaja, dan tak dapat komisyen topup dari downline-downline baru yang ditaja bawah akaun ketiga tadi.

Jadi untuk bantu upline yang menaja downline yang buat teknik cucuk sate tadi, pihak pengurusan Tone Excel wujudkan satu bonus tahun baru, semata-mata untuk menggalakkan pemilik akaun cucuk sate ni untuk turut menaja downline baru di bawah akaun pertama dan bukannya hanya menaja downline baru bawah akaun ketiga sahaja.

Kenapa bonus tahun baru ni menggalakkan pemilik akaun cucuk sate untuk turut menaja di akaun yang pertama? Kerana komisyen pada akaun pertama cucuk sate tu lah yang paling banyak komisyen topup nya berbanding akaun kedua & ketiga. Jadi sangat lah berbaloi untuk dapatkan bonus tahun baru pada akaun pertama, yang paling banyak komisyen tadi.




Postpaid (Bil) VS Prepaid (Topup)

Perasan tak, ramai prospek bagi alasan yang dia lagi selesa bayar bil handphone berbanding topup prepaid? Katanya, bayar bil lagi mudah, sebab tak payah susah-susah nak cari topup bila kredit habis nanti.

Tapi perasan tak, siapa yang guna postpaid atau bil handphone ni, sebenarnya dia sedang mengamalkan tabiat suka berhutang? Guna dulu sebulan, hujung bulan baru bayar. Cuba tanya pada siapa yang selesa guna bil atau postpaid tadi, kalau ajal sampai pada tengah bulan, siapa yang akan bayar hutang bil handphone dia? Mati meninggal kan hutang, bagus tak dari segi hukum agama?

Berbanding dengan postpaid, guna prepaid ni memang 100% bebas hutang sebab kita bayar dulu, baru guna. Kalau nak cakap pasal isu susah nak cari topup tu, rata-rata pengguna prepaid Tone Excel ni balance topup dia beratus-ratus ringgit, cecah ribu pun ada. Jangan cakap susah nak cari topup, memang tak habis guna pun kredit tu bila dah mula join Tone Excel ni!




Ok sampai sini saja blog entri saya kali ni. In shaa Allah saya akan update lagi. Semoga bermanfaat ~